Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau.ka.lau] | کالاو٢

Definisi : barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau.ka.lau] | کالاو٢

Definisi : barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalau-kalau

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Kalau tumbang saya tolakkan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Kalau kurang saya sorakkan.


Lihat selanjutnya...(945)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(180)

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selak[s«.lA/]kata tugassekiranya, kalau, jika, jikalau.Mung tok gi skoloh ni, selak cekgu tanyo mung nok jawak guwano.[muN t/ gi sk.lh ni s«.lA/ tSE/.gu tA.ø muN n/ dZA.wA/ gu.wA.n]Kamu tak pergi ke sekolah ni, kalau cikgu tanya bagaimana kamu nak jawab.
goni[g:.ni]kata namabenda ini, hal ini.Kalu goni aku nok, kalu mugo laeng aku tokse.[kA.lu g:.ni A.ku n/ kA.lu mu.g lAeN A.ku t/.se]Kalau benda ni aku nak, kalau benda lain aku tak nak.
andah[An.dAh]kata kerja1. meneruskan (pekerjaan yang besar, perlawanan yang hebat).1. Kalu make cekok, andah gi la1[]1. Kalau terdaya, teruskanlah.
krelong[kī.loN]kata adjektiftamak, rakus.Jange dok krelong gak make tu.[dZA.NE do/ kī.loN gA/ mA.kE tu]Jangan tamak kalau makan tu.
retek[ÄE.tE/]kata tugasjuga; getek.Kalu mung nok gi, aku nok gi retek.[kA.lu muN n/ gi A.ku n/ gi ÄE.tE/]Kalau kamu nak pergi, aku pun nak pergi juga.
berah jemoh[b«.ÄAh dZ«.mh] beras.Kalu tok se buwi lembek sangak pulok tu, maso nok tanok capo denge berah jemoh sikik. Kalau tak mahu lembik sangat pulut tu, semasa nak masak campur dengan beras sikit.
ewek[E.wE/]kata adjektifjanggal.Kalu kito buwak krijo jange dok ewek sangak.[kA.lu ki.t bu.wA/ kÄi.dZ dZA.NE do/ E.wE/ sA.NA/]Kalau kita buat sesuatu kerja, jangan nampak janggal sangat.
cakno[tSA/.n]kata kerjamengambil perhatian apabila disuruh membuat sesuatu, ambil berat, endah.Cakno gak sikik kalu ore suroh wak gapo-gapo.::Ambil beratlah sikit kalau orang suruh buat sesuatu.
nyapong[ø:A.poN]kata kerjabercakap lucah.Kalu mung nyapong lagi aku genyeh mulok mung.[kA.lu muN ø:A.poN lA.gi A.ku gE.øEh mu.lo/ muN]Kalau kamu bercakap lucah lagi aku genyeh mulut kamu.
   2. bercakap semasa tidur, mengigau.Derome sokmo ngapo kokse, kalu tido male.[d«.č.mE s/.m N:A.po k/.se kA.lu ti.do mA.lE]Deraman selalu mengigau kalau tidur malam.
12345678910...

Kembali ke atas