Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).

Bermaksud :

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kapok bukuh[kA.p/ bu.kuh] sejenis kapak kecil yang digunakan untuk mengapak orang (kesan pukulan akan membawa kematian).Jame dulu, kalu keno behe denge kapok bukuh, tok lamo la idok.[dZA.mE du.lu kA.lu k«.n bE.hE d«.NE kA.p/ bu.kuh t/ lA.m lA i.do/]Zaman dulu, kalau seseorang dipukul dengan kapak kecil, tak lamalah hidup.

Kembali ke atas