Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngoyok[N:.j/]kata namasejenis alat untuk mengupas sabut kelapa daripada bijinya.Kalu nyo tu banyok, mung keno guno ngoyok.[kA.lu ø tu bA.ø/ muN k«.n gu.n N:.j/]Kalau kelapa tu banyak, kamu kena gunakan alat pengupas.
jangga[dZAN.gA]kata adjektifberkenaan isi buah kelapa yang tidak lekat pada tempurung, lekangNyo tu tok leh letok tengoh panah, lamo ke jangga.[ø tu t/ leh l«.t/ t«.Nh pA.nAh lA.m kE dZAN.gA]Kelapa tu tak boleh letak di tengah panas, nanti lekang.
sa[sA]kata namasejenis lembing yang digunakan untuk menikam kelapa.Ayoh ambek sa nok gi pripong nyo blake rumoh.[A.jh Am.be/ sA n/ gi pÄi.poN ø blA.kE Äu.mh]Ayah ambil sar nak menghimpun kelapa di belakang rumah.
nyolek[ø:.lE/]kata namasejenis alat untuk mengeluarkan isi kelapa daripada tempurung, pencungkil.Nyo tu beloh doh, guno nyolek la, kalu nok ambek isi gak.[ø tu b«.lh dh gu.n ø:.lE/ lA kA.lu n/ Am.be/ i.si gA/]Kelapa tu dah dibelah, gunakan pencungkil kalau nak ambil isinya.
klotong[kl.tN]kata adjektifberkenaan durian, kelapa dan lain-lain yang telah ditebuk dan dimakan isinya oleh binatang.Dreye atah pokok klotong abih nyo tebok tupa.[dÄ«.jE A.tAh p.k/ kl.tN A.bih ø t«.bo/ t:u.pA]Durian di atas pokok kelontong, habis ditebuk tupai.
tuwok[tu.w/]kata namasejenis minuman, air disadap daripada mayang kelapa, nira.   
nise[n:i.sE]kata namagula yang diproses daripada nira kelapa, gula melaka.   
tuwok mase[tu.w/ mA.sE] sejenis minuman yang dibuat daripada nira (kelapa, enau dan lain-lain) yang memabukkan.   
gomok[g.m/]kata nama1. sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa serta berbentuk bulat.Woh gomok diyo pecoh lepah keno tepoh lori.[wh g.m/ di.j p«.tSh l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi]Tempurung lutut dia pecah selepas dilanggar lori.
glebong boyo[gl«.boN b.j] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras pulut, kelapa dan gula.   
12

Kembali ke atas