Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rah] | کره

Definisi : kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan; maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan 1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat ten­tera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti di­usahakan bersama-sama (dgn bergotong­royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; pengerah 1. orang yg mengerah(kan), juru­kerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghim­punkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rah] | کره

Definisi : IB leher baju (yg keras), nia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rah] | کره

Definisi : ; kerja ~ kerja wajib yg dibuat utk pemerintah dsb (spt membaiki jalan) dgn tidak mendapat upah. mengerahkan memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. kerahan pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. pengerahan perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. pengerah 1 orang yg mengerahkan. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk mengerahkan: gong ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerah (kata kerja)
Bersinonim dengan kerja raja, kerja wajib, rodi, arah, desak, gesa, paksa, perintah, suruh, tekan, tindas;,
Kata Terbitan : mengerahkan, kerahan, pengerahan, pengerah,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kerah kekong[k«.ÄAh k«.koN] sangat keras (seperti batu); kerah kejong.Kuwe tu kerah kekong, nok kekoh tok leh.[ku.we tu k«.ÄAh k«.koN n/ k«.kh t/ leh]Kuih tu sangat keras, nak gigit pun tak boleh.
kerah kejong[k«.ÄAh k«.dZoN] sangat keras (seperti batu); kerah kekong.Krepok ni kerah kejong, nok make guano.[kÄ«.po/ ni k«.ÄAh k«.dZoN n/ mA.kE gu.wA.n]Keropok ni terlalu keras, nak makan macam mana.
kerah keng[k«.ÄAh keN] tidak mahu mengalah atau menurut kata, keras kepala.Budok ni kerah keng sungguh, ore royak duo tigo kali buwak tok denga jah.[bu.d/ ni k«.ÄAh keN suN.goh .ÄE č.jA/ du.w ti.g kA.li bu.wA/ t/ d«. NA dZAh]Budak ni keras kepala sungguh, orang cakap dua tiga kali buat tak dengar saja.
   2. menghantuk, memukul (orang atau benda).2 Kerah beto buoh ni, andah ke dindeng tok pecoh.[]2. Keras betul buah ni, hantuk ke dinding pun tak pecah.

Kembali ke atas