Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ponggek[pN.gE/]kata namabahagian belakang (kereta, binatang).Tulong ambek bare dale ponggek kreto tu.[tu.loN Am.be/ bA.ÄE dA.lE pN.ge/ kÄE.t tu]Tolong ambil barang di dalam bahagian belakang kereta tu.
   2.      menggerak-gerakkan ke hadapan.Tok cekak gohek kreto ni tok gerok jugok.[t/ tSE.kA/ g.hE/ kÄE.t ni t/ g:«.č/ dZu.g/]Tak larat nak gerak-gerakkan kereta ni tak bergerak juga.
gohek II[g.hE/]kata kerja1. menggunakan, memakai sesuatu (berkenaan kenderaan dan lain-lain).Mung dok gohek kreto sapo gak tu?[muN do/ g.hE/ kÄE.t sA.p gAk tu]Kamu menggunakan kereta siapa tu?
tebe[tE.bE]kata kerjamenunjuk-nunjuk, menayang-nayang.Meta ko beli kreto baru gak, dok tebe sokmo ko ore.[m:«.tA k b«.li kÄE.t bA.Äu gA/ do/ tE.bE s/.m k .ÄE]Mentang-mentanglah beli kereta baru, asyik menunjuk-nunjuk saja depan orang.
   2. selekoh pada jalan, sungai dan lain-lain, sudut, liku.Mung keno selo sikik kreto tu kalu kona kak cekok.[muN k«.n s:«.lo si.ki/ kÄE.t tu kA.lu k.nA kA/ tSE.k)/]Kamu kena memperlahankan sedikit kereta tu kalau membelok dekat selekoh.
keda[kE.dA]kata kerjateranjak sedikit daripada tempat duduk yang asal.Kreto tu keda aloh ko tepi parek maso blago takdi.[kÄE.t tu k:E.dA A.lh k t«.pi pA.Äe/ mA.s blA.g tA/.di]Kereta tu berganjak ke tepi parit semasa perlanggaran tadi.
tembok[tEm.b/]kata namajalan raya.Jange dok maeng tepi tembok tu, kreto banyok dok gi mari.[dZA.NE do/ m:AeN t:«.pi tEm.b/ tu kÄE.t bA.øok do/ gi mA.Äi]Jangan main di tepi jalan raya tu, kereta banyak lalu-lalang.
parok II[pA.č/]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti wang, minyak dan lain-lain yang terlalu banyak penggunaannya dan cepat habis.Parok minyok kreto, kalu dok brule alek lagu ni.[pA.č/ mi.ø/ kÄE.t kA.lu do/ bÄu.lE A.le/ lA.gu ni]Banyak guna minyak kereta, kalau selalu berulang-alik macam ni.

Kembali ke atas