Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb peri­hal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pem­bawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pang­katnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb meng­aniaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak­-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing I

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

Bermaksud :

Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kucing kerong[ku.tSiN kE.čN] kucing jantan yang mengiau kuat.Adek ambo takok bena ko kucing kerong.[A.de/ Am.b tA.ko/ b«.nA k ku.tSiN kE.čN]Adik saya takut sangat pada kucing jantan yang mengiau kuat.
gombe[g:m.bE]kata kerjamenggonggong.Kucing gombe ike wak lari.[ku.tSiN gm.bE i.kE wA/ lA.Äi]Kucing menggonggong ikan bawa lari.
jerong[dZ:«.ÄoN]kata namasudut (bilik, rumah dan lain-lain), bucu, penjuru; joke.Kucing tu branok jerong dapo.[ku.tSiN tu bÄA.n/ dZ:«.ÄoN dA.po]Kucing tu beranak di sudut dapur.
wak ko[wA/ k] gara-gara.Wak ko nikuh kucing tu, abih pecoh pingge makok.[wA/ k n:i.kuh ku.tSiN tu A.bih p«.tSh piN.gE mA.ko/]Gara-gara kucing tu terlalu ganas, habis pecah pinggan mangkuk.
ranggoh[ÄAN.goh]kata kerjamakan (bahasa kasar).Abih nasik tu nyo ranggoh ko kucing.[A.bih nA.si/ tu ø ÄAN.goh k ku.tSiN]Habis nasi tu dimakan oleh kucing.
bolen[b:.lEN]kata kerjaterbeliak, terjegil, terbelalak (mata).Anok kucing tu boleng mato lepah keno tepuh lori.[A.n/ ku.tSiN tu b:.lEN mA.t l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi]Anak kucing tu terbelalak mata lepas dilanggar lori.

Kembali ke atas