Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
koce[k.tSE]kata adjektifberkenaan orang kurus dan kecil.Diyo napok koce lepah deme sebule.[di.jo nA.p/ k.tSE l«.pAh d«.mE s«.bu.lE]Dia nampak kurus selepas demam sebulan.
kuruh kekek[ku.Äuh k«.kE/] berkenaan tubuh dan lain-lain) yang terlalu kurus.Budok tu kuruh kekek pasa nyakek te.[bu.d/ tu ku.Äuh k«.kE/ pA.sA ø:A.ke/ tE]Budak tu terlalu kurus kerana berpenyakit.
beleh[bE.lE)h]kata adjektif1. berkenaan orang, haiwan dan tumbuhan yang kecil dan kurus.1. Budok hok beleh dale kelah tu mari lambak sokmo.[bu.d/ h/ bE.lE)h dA.lE k«.lAh tu mA.Äi lAm.bA/ s/.m]1. Budak yang kurus di dalam kelas tu selalu datang lambat.
glu-gleh[glu.glE)h]kata adjektifberkenaan baju, seluar dan lain-lain yang terlalu longgar.Baju ambo longga glu-gleh doh, jok kuruh ni.[bA.dZu Am.b lN.gA glu.glEh dh dZ/ ku.Äuh ni]Baju saya ni dah terlalu longgar, sejak kurus ni.

Kembali ke atas