Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
solok lada[s.l/ lA.d] sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu.   
colek[tS:.lE/]kata namasambal cair dibuat daripada campuran cuka, lada, garam dan gula untuk dimakan bersama keropok atau buah-buahan.bertungkus-lumus.   
ladu[lA.du]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, lada hitam dan gula.   
lado bena[lA.d b«.nA] sejenis tumbuhan herba (berwarna hitam dan pedas), lada hitam.   
lakse[lA/.sE]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada.   
   2. menggemburkan sesuatu seperti tanah supaya tidak terlalu mampat.Peruwo gak sikik tanoh tepak tane lado tu.[p«.Äu.w gA/ si.ki/ tA.nh t«.pA/ tA.nE lA.d tu]Gemburkanlah sedikit tanah tempat tanam lada tu.

Kembali ke atas