pelah | [p«.lAh] | kata kerja | mengambil kepunyaan orang tanpa kebenarannya (berkenaan buah dan lain-lain), mencuri. | Budok-budok tu dok pelah buoh mokte Cek Moh. | [bu.d/.bu.d/ tu do/ p«.lAh bu.wh m/.tE tSE/ mh] | Budak-budak tu sedang mencuri buah rambutan Cik Mah. |
boh | [b)h] | kata nama | tempat terakhir (dalam pertandingan, pertaruhan dan lain-lain), kedudukan yang paling rendah, corot; gusuk, ngesuk. | Tebeng la malah ngaji, mung masok kelah boh la. | [t«.beN lA m:A.lAh N:A.dZi muN mA.so/ k«.lAh b)h s«.kA.li] | Cubalah malas belajar, nanti kamu akan masuk kelas akhir sekali. |
peruwo | [p«.Äu.w] | kata kerja | 1. melonggarkan sesuatu seperti tali pinggang, kain sarung dan lain-lain supaya tidak terlalu ketat. | Kenye sangak ni, peruwo lah sikik tali pingge. | [k«.øE sA.NA/ ni p«.Äu.w lAh si.ki/ tA.li piN.gE] | Kenyang sangat ni, longgarkanlah sikit tali pinggang. |
bradu | [bÄA.du] | kata kerja | berhenti daripada melakukan sesuatu (tentang pekerjaan dan lain-lain), berehat. | Kalu tok cekak gak, bradulah dulu. | [kA.lu t/ tSE.kA/ gA/ bÄA.du.lAh du.lu] | Kalau rasa tak larat, berhentilah dahulu. |
pekong | [p«.kN] | kata kerja | membaling sesuatu (seperti batu, kayu dan lain-lain) ke arah hadapan, melontar. | Jange dok pekong batu alah ko rumoh ore tu. | [dZA.NE do/ p«.kN bA.tu A.lAh k Äu.mh .ÄE tu] | Janganlah baling batu ke arah rumah orang. |
narak | [n:A.ÄA/] | kata kerja | merebak ke merata tempat (berkenaan api, penyakit kulit dan lain-lain). | Api tu narak alah ko rumoh sebeloh pulok. | [A.pi tu n:A.ÄA/ A.lAh k Äu.mh s«.b«.lh pu.l/] | Api tu merebak ke rumah sebelah pula. |
mulah | [m:u.lAh] | kata kerja | menyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; pehe. | Bo jerik, mok bui mulah ke. | [b: dZ:«.Äi/ m/ bu.wi m:u.lAh kE] | Berhenti menangis, mak cubit nanti. |
borak | [b:.ÄA/] | kata kerja | merebak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain (berkenaan penyakit kulit, luka), menjalar, menular. | Kudih hok tumboh kaki diyo tu borak alah ko poho pulok. | [ku.dih h/ tum.boh k:A.ki di.j tu b:.ÄA/ A.lAh k p.h | Kudis yang tumbuh di kaki dia tu merebak ke bahagian paha pula. |
suku | [su.ku] | kata kerja | berasingan. | Giye ambo tu kiro sukulah denge hok laeng. | [gi.jE Am.b tu ki.Ä su.ku.lAh d«.NE h/ lAeN] | Bahagian saya tu kira berasinganlah dengan yang lain. |