Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempas­kan penumpang di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb): Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ topi kerana gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Kapal kecil roda lambung,
     Naik ke darat pasang teropong;
Orang muda kacak melambung,
     Songkok senget saku kosong.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selambok[s«.lAm.bo/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak perempuan yang menggunakan beberapa biji buah guli yang dilambung-lambung.Rama budok tino dok maeng selambok atah seming tepi rumoh.[ÄA.mA bu.d/ t:i.n do/ m:AeN s«.lAm.bo/ A.tAh s«.miN t:«.pi Äu.mh]Ramai budak perempuan main selambut di atas simen tepi rumah.

Kembali ke atas