Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, mem­biarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerok perok[tS«Ä)/ p«Äo/] lapar.Cerok perok ni, mano nasik nyo.[tS«.č)/ p«.Äo/ ni mA.n nA.si/ ø]Perut lapar ni, mana nasinya.
jelak[dZ:«.lA)/]kata adjektifkeinginan yang amat sangat kepada makanan kerana terlalu lapar.Jange dok tunjok jelak gak, kalu gi rumoh ore.[dZA.NE do/ tun.dZo/ dZ:«.lA/ gA/ kA.lu gi Äu.mh .ÄE]Jangan tunjuk lapar sangat, kalau pergi ke rumah orang.
lapa peda[lA.pA p«.dA] berasa hendak makan (kerana perut kosong), lapar perut.Nanok cepak sikik gak, aku lapa peda ni.[n:A.n/ tS:«.pA/ si.ki/ gA/ A.ku lA.pA p«.dA ni]Masak nasi cepat sikit, aku lapar perut ni.
luga[lu.gA]kata namasakit perut kerana lapar.Luga beraso ari ni, tok make nasik jok pagi.[lu.gA b«.ÄA.s A.Äi ni t/ mA.kE nA.si/ dZ/ p:A.gi]Rasa sakit perut hari ni, sebab tak makan nasi sejak pagi lagi.

Kembali ke atas