Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gori[g:.Äi]kata kerjapenjualan awal pada harga yang lebih rendah daripada harga biasa agar jualan yang seterusnya lebih laris.Ambekla awe mokcek wak gori ni.[Am.be/.lA A.wE m/.tS«/ wA/ g:.Äi ni]Ambillah nak, makcik nak buat jualan awal ni.
bok[b))/]kata adjektifbengkak yang menjadi lebih besar akibat gigitan serangga, jatuh dan lain-lain.Muko budok tu bekok bok keno pakoh tebuwe.[mu.k bu.d/ tu b«.k/ b))/ k«.n pA.kh t«.bu.wE]Muka budak tu sangat bengkak kerana disengat tebuan.
do’oh lalu[d:/.h lA.lu] berkenaan perangai yang keterlaluan, berlebih-lebih, melampau.Pranga mung tu do’oh lalu, sebak tu nyo beci ko ore.[pÄA.NA muN tu d:/.h lA.lu s«.bA/ tu ø b«.tSi k .ÄE]Perangai kamu tu keterlaluan, sebab tu dibenci orang.
bocong[b.tSN]kata namabekas menyimpan air panas (supaya tahan lebih lama), termos.Mok buboh ae panah dale bocong.[m/ bu.boh Ae pA.nAh dA.lE b.tSN]Mak bubuh air panas ke dalam termos.
gabah-gabah[gA.bAh.gA.bAh]kata adjektifala kadar dalam membuat sesuatu (asal siap), lebih kurang, secara kasar.Pok Ka wak wa tu gabah-gabah jah.[p/ kA wA/ wA tu gA.bAh.gA.bAh dZAh]Pak Bakar buat wau tu secara ala kadar saja.
cuk[tSu/]kata kerjamelepaskan sesuatu (berkenaan tali wau, tali lembu dan lain-lain) supaya dapat bergerak lebih bebas (tetapi masih dalam ikatan).Mung cuk molek la tali wa tu, baru wa mung naek tinggi.[muN tSu/ m:.lE/ lA tA.li wA tu bA.Äu wA muN nAe/ tiN.gi]Kamu lepaskanlah tali wau tu, baru wau kamu naik tinggi.
reng[ÄeN]kata namatenaga, kudrat.Reng diyo kuak pado ore laeng, pasa diyo make makjong.[ÄeN di.j ku.wA/ pA.d .ÄE lAeN pA.sA di.j mA.kE mA/.dZoN]Tenaga dia lebih kuat daripada orang lain sebab dia makan makjun.
moto[m.t]kata namasejenis balang kaca yang bersaiz besar untuk diisi makanan.Gi taroh dale moto sekuk hok lebeh tu.[gi tA.Äoh d:A.lE m.t s«.ku/ h/ l«.beh tu]Pergi simpan dalam balang biskut yang lebih tu.

Kembali ke atas