Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.nguh] | لڠوه

Definisi : bunyi lembu; melenguh mengeluarkan bunyi lenguh (spt lembu, rusa), menguak: ~ lembu di padang, sambut menguak kerbau di kandang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.nguh] | لڠوه

Definisi : lemah anggota (terutama tangan dan kaki kerana mengangkat benda berat, berjalan terlalu jauh, dsb): kakinya terasa ~ kerana berjalan agak jauh sedikit tadi; lenguh-lenguh lenguh di sana sini (tangan, kaki); melenguh termengap-mengap kerana keletihan, termengah-mengah; melenguhkan menyebabkan terasa lenguh; kelenguhan perihal lenguh: dua tiga cetusan kapak ~ telah mendatang semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.nguh] | لڠوه

Definisi : tidak bertenaga atau tidak bermaya utk berbuat sesuatu; letih; lesu: Bekerja sedikit sudah ~. melenguhkan menyebabkan menjadi lenguh; melesukan; meletihkan: Mengangkat barang yg berat-berat ~ badan. kelenguhan keadaan lenguh; keletihan; kepenatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.nguh] | لڠوه

Definisi : bunyi spt bunyi lembu. melenguh mengeluarkan bunyi lenguh (ttg lembu dll): Lembu ~ di padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenguh
Kata Terbitan : lenguh-lenguh, melenguh, melenguhkan, kelenguhan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ceko[tS«.k]kata kerjamemicit-micit dan meramas-ramas (biasanya di bahagian belakang badan) kerana lenguh atau sakit.Acu ceko blake mok sikik, lengoh bena braso ni.[A.tSu tS«.k blA.kE m/ si.ki/ l«.Nh b«.nA bÄA.s ni]Tolong picit belakang mak sikit, lengoh sangat rasanya ni.
leroh[l«.čh]kata kerja1. memicit-micit dan menggosok-gosok (badan orang) dgn tangan, urut.Acu leroh kuwak sikik gak blake aku ni, lengoh sangak ni.[A.tSu l«.čh k:u.wA/ si.ki/ gA/ blA.kE A.ku ni l«.Nh sA.NA/ ni]Cuba picit kuat sikit belakang saya ni, lenguh sangat ni.

Kembali ke atas