Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.su] | لسو

Definisi : 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men­jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.su] | لسو

Definisi : tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cepek[tSE.pE/]kata adjektiftidak bertenaga, tidak kuat, lesu.Mung ni cepek, bendo lagu tu pong tok leh akak.[muN ni tSE.pE/ b«n.d lA.gu tu poN t/ leh A.kA/]Kamu ni tak kuat, benda macam tu pun tak boleh angkat.
ugoh I[u.gh]kata adjektiftidak bertenaga, lemah, lesu.Ugoh bena diyo loni, jok keno lupoh.[u.gh b«.nA di.j l:.ni dZ/ k«.n lu.poh]Lemah benar dia sekarang ni, sejak terkena penyakit lumpuh.
lembek lotek[l«m.bE/ l.tE/] sangat tidak bertenaga, terlalu letih, lesu, lemah longlai.Lembek lotek Nisah keno behe ko ayoh diyo.[l«m.bE/ l.tE/ ni.sAh k«.n bE.hE k A.jh di.j]Lemah longlai Nisah kerana dipukul ayahnya.

Kembali ke atas