Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukah I

Puisi
 

Sayang Cik Ali memasang lukah,
     Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Jangan tuan berhati susah,
     Ibarat rambut disimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menyandang lukah tiga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tuwa[tu.wA]kata namasejenis alat untuk menangkap ikan (yang membolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), lukah.Diyo tehe tuwa payo nak-nak ari.[di.j tE.hE tu.wA p:A.j nA/.nA/ A.Äi]Dia memasang lukah di paya setiap hari.

Kembali ke atas