Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cering[tS«.ÄiN]kata adjektifberkenaan kulit yang kering kerana kerap terdedah kepada cahaya matahari.Abih cering kulek aku sebak wak krijo tengoh panah.[A.bih tS«.ÄiN ku.le/ A.ku s«.bA/ wA/ kÄi.dZ t«.Nh pA.nAh]Habis kering kulit aku sebab buat kerja tengah panas.

Kembali ke atas