Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keleh[k«.leh]kata kerjamelihat, menonton.Mari kito keleh tibi, ado crito sedak ni.[mA.Äi ki.t k«.leh ti.bi A.d tSÄi.t s«.dA/ ni]Mari kita menonton televisyen, ada cerita menarik sekarang ni.
pese mato[p:«.se mA.t] tidak berkelip-kelip apabila melihat sesuatu yang mengagumkan.Demo dok tengok ko gapo gak, sapa pese mato.[dE.m do/ tE.N/ k g:A.p gA/ sA.pA p:«.se mA.t]Kamu sedang tengok apa, sampai tak berkelip-kelip mata.
jongok angok[dZ:.N/ A.N/] keadaan orang ramai yang sedang melihat sesuatu dengan asyik sekali.Dok tengok gapo gak jongok angok tu.[do/ tE.N/ g:A.p gA/ dZ:.N/ A.N/ tu]Sedang tengok apa ramai-ramai tu.
jerunga[dZ«.Äu.NA]kata kerjamenghulur tangan (hendak mengambil sesuatu), menghulur badan atau kepala (hendak melihat sesuatu).Ambo tengok tange jerunga dok mitok sedekoh.[Am.b tE.N/ tA.NE dZ«.Äu.NA do/ mi.t/ s«.d«.kh]Saya lihat tangan berhuluran sedang minta sedekah.
petak[p«.tA)/]kata kerja1. menyentuh (memegang-megang atau menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (tanpa melihat), meraba.Dohlah balek male, masok rumoh, keno petak dindeng cari suweh lapu, lamo baru jupo.[dh.lAh bA.le/ mA.lE mA.so/ Äu.mh k«.n p«.tA/ din.deN tSA.Äi su.weh lA.pu lA.m bA.Äu dZ:u.p]Sudahlah balik waktu malam, nak masuk rumah, kena raba dinding cari suis lampu, lama baru jumpa.
mecak[m:e.tSA)/]kata kerjateringin benar akan sesuatu, terliur.Ore tino ngide tu, mecak tengok putik paoh.[.ÄE t:i.n N:i.dE tu m:«.tSA/ tE.N/ pu.ti/ pAoh]Perempuan mengidam tu, terliur apabila melihat buah mempelam muda.

Kembali ke atas