Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gohek II[g.hE/]kata kerja1. menggunakan, memakai sesuatu (berkenaan kenderaan dan lain-lain).Mung dok gohek kreto sapo gak tu?[muN do/ g.hE/ kÄE.t sA.p gAk tu]Kamu menggunakan kereta siapa tu?
celobe[tS«.l.bE]kata adjektifberkenaan baju atau kain yang koyak rabak.Ore tuo tu paka baju celobe jah.[.ÄE tu.w tu pA.kA bA.dZu tS«.l.bE dZAh]Orang tua itu memakai baju yang koyak rabak sahaja.
gerek[gE.ÄE/]kata nama1.      sejenis burung yang sentiasa berbunyi bising (burung layang-layang). 2. emas tiruan.Tok praeh lek siye paka gerek penuh lenge.[to/ pÄAeh le/ si.je pA.kA gE.ÄE/ p«.nuh l«.NE]Peraih dari Thailand memakai emas tiruan penuh lengan.

Kembali ke atas