Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pida[pi.dA]kata adjektifberkenaan seseorang yang tidak mahu membayar hutang.Demo jange dok buwi ute ko ore pida.[dE.m dZA.NE do/ bu.wi u.tE k .ÄE pi.dA]Kamu jangan beri hutang kepada orang yang tak mahu bayar hutang.

Kembali ke atas