Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokok[k.k/]kata kerjamenarik sesuatu menggunakan pencakar.Ayoh dok kokok sapoh dale parek.[A.jh do/ k.k/ sA.ph dA.lE pA.Äe/]Ayah sedang menarik sampah dari dalam parit.
kara[kA.ÄA]kata kerjamenarik tali supaya bergerak ke arah diri sendiri.Ayoh dok kara ae di tlago blake rumoh.[A.jh do/ kA.ÄA Ae di tlA.g blA.kE Äu.mh]Ayah sedang menarik tali pencedok air di telaga belakang rumah.
yak bokte[jA/ b/.tE] ungkapan untuk menarik perhatian terhadap sesuatu.Yak bokte, bakpo demo nok wak gitu.[jA/ b/.tE bA/.p dE.m n/ wA/ g:i.tu]Tengok tu, kenapa kamu nak buat begitu.
senjoh[s«n.dZh]kata kerjamenarik dengan kuat, menyentak.Senjoh kuwak la baru putuh tali tu.[s«n.dZh k:u.wA/ lA bA.Äu pu.tuh tA.li tu]Sentak dengan kuat, baru putus tali tu.
jangok[dZA.N/]kata adjektifberkenaan perhiasan atau pakaian dalam keadaan sangat menarik apabila dipandang.Sekak krijo kolupo ni, Mek Nah jangok sokmo.[s«.kA/ kÄi.dZ k.lu.po ni mE/ nAh dZA.N/ s/.m]Sejak kerja di Kuala Lumpur ni, Mek Nah sentiasa cantik.
mamba[mAm.bA]kata adjektifberkenaan ikan dan lain-lain yang tidak segar, tidak menarik.Jange beli ike mamba tu, tok sedak.[dZA.NE b«.li i.kE mAm.bA tu t/ s«.dA/]Jangan beli ikan yang tak segar tu, tak sedap.
keleh[k«.leh]kata kerjamelihat, menonton.Mari kito keleh tibi, ado crito sedak ni.[mA.Äi ki.t k«.leh ti.bi A.d tSÄi.t s«.dA/ ni]Mari kita menonton televisyen, ada cerita menarik sekarang ni.
kundo[k:un.d]kata kerjaberhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berasak-asak, berduyun-duyun.Kalu crito sedak, kundo ore gi panggong woye.[kA.lu tSÄi.t s«.dA/ k:un.d .ÄE gi p:AN.goN w.jE]Kalau ceritanya menarik, berduyun-duyun orang pergi ke panggung wayang.

Kembali ke atas