Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ruh] | مناروه

Definisi : 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletakkan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), meng­amanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?menaruh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ruh] | مناروه

Definisi : 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taruh (kata nama)
1. Bersinonim dengan tagan: teban, tabanan,

2. Bersinonim dengan cagaran: sandaran, tanggungan, gadaian,

Kata Terbitan : bertaruh, menaruh, mempertaruhkan, taruhan,

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kurus kering seperti bayang;
     siapa pun tiada menaruh sayang.

Bermaksud :

Kurus sekali kerana sakit.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lonjok[ln.dZ/]kata namasejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), mangkuk tingkat, siya.Acu ambek lonjok tu, mok nok buboh laok ni.[A.tSu Am.be/ ln.dZ/ tu m/ n/ bu.boh lAo/ ni]Ambilkan mangkuk tingkat tu, mak nak bubuh lauk ni.

Kembali ke atas