Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)

312

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Anak badak jangan dihambat-hambat

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Anak badak jangan dihambat-hambat. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rato riti[ÄA.t Äi.ti] merata tempat (berkenaan mencari sesuatu).Kawe cari bok tu rato riti doh tok jupo jugok.[kA.wE tSA.Äi bo/ tu ÄA.t Äi.ti dh t/ dZ:u.p dZu.g/]Saya sudah mencari buku tu di merata tempat, tak jumpa juga.
ngetek[N:«.tE)/]kata kerjamencari kesalahan orang lain.Tok soh kecik ati la denge diyo tu, pasa diyo tu brehi ngetek ore.[t/ sh k«.tSi/ A.ti lA d«.NE di.j tu pA.sA di.j tu bÄE.hi N:«.tE)/ .ÄE]Usah berkecil hatilah dengan dia tu, dia tu suka sangat mencari kesalahan orang lain.
luliah[lu.li.jAh]kata kerjabergerak (seolah-olah mencari sesuatu), memerhati sekeliling.Mung ni luliah gi, luliah mari, tok leh dok diye ko?[muN ni lu.li.jAh gi lu.li.jAh mA.Äi t/ leh do/ di.jE k]Kamu ni bergerak ke sana, bergerak ke mari, tak boleh duduk diamkah?
petak[p«.tA)/]kata kerja1. menyentuh (memegang-megang atau menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (tanpa melihat), meraba.Dohlah balek male, masok rumoh, keno petak dindeng cari suweh lapu, lamo baru jupo.[dh.lAh bA.le/ mA.lE mA.so/ Äu.mh k«.n p«.tA/ din.deN tSA.Äi su.weh lA.pu lA.m bA.Äu dZ:u.p]Sudahlah balik waktu malam, nak masuk rumah, kena raba dinding cari suis lampu, lama baru jumpa.
kindak-kindak[kin.dA/.kin.dA/]kata kerjamengintai-intai atau meninjau-ninjau sesuatu.Useng cari gapo, kindak-kindak bowoh rumoh.[u.seN tSA.Äi g:A.p kin.dA/.kin.dA/ b:.wh Äu.mh]Husin sedang mencari apa, tertinjau-tinjau bawah rumah.
sak patak[sA/ pA.tA/] tidak tahu ke mana seseorang itu pergi.Mung tok soh gi cari diyo la, nyo gi sak patak doh.[muN t/ sh gi tSA.Äi di.j lA ø gi sA/ pA.tA/ dh]Kamu tak usah mencari dialah, dia dah pergi entah ke mana.

Kembali ke atas