[men.cu.rah.kan] | منچورهکن
Definisi : 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cu.rah.kan] | منچورهکن
Definisi : 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)