Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat] | منداڤت

Definisi : 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapat

Puisi
 

Ada yang datang waktu petang,
     Ada yang datang pakai kereta;
Tuahlah badan mendapat gelang,
     Mendapat cincin berbatu pula.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Bermaksud :

Kena marah.

 

Lihat selanjutnya...(245)

173

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngambe[N:Am.bE]kata adjektifsusah mendapat pasangan hidup (jodoh).Lepah bomo, Lijoh hok ngambe tu pong nikoh.[l«.pAh b:.m li.dZh h/ N:Am.bE tu poN n:i.koh]Selepas berbomoh, Lijah yang susah mendapat jodoh tu pun kahwin.
make alok[mA.kE A.l/] menyanjung seseorang untuk mendapat sesuatu habuan, ampu, puji.Budok tu kuwak make alok, mung suroh sikik diyo buwak la.[bu.d/ tu ku.wA/ mA.kE A.l/ muN su.Äoh si.ki/ di.j bu.wA/ lA]Budak tu suka mendapat pujian, kamu suruh sikit, terus dia buat.
pedeka pulok[p«.dE.kA pu.lo/] orang yang mempunyai keahlian (silat dan lain-lain) yang mengambil kesempatan untuk mendapat rezeki daripada pengetahuannya itu.Kalu kito nok tengok ore silak molek gak, kito jepuk pedeka pulok la.[kA.lu ki.t n/ tE.N/ .ÄE s:i.lA/ m.lE/ gA/ ki.t dZ«.pu/ p«.dE.kA pu.lo/ lA]Kalau kita nak tengok gaya silat yang terbaik, kita jemput pendekar pulutlah.
badi[b:A.di]kata kerjabersaing, bertanding.Ali denge Mamak badi dapak nombo satu.[A.li d«.NE mA.mA/ b:A.di dA.pA/ nm.b sA.tu]Ali dan Mamat bersaing untuk mendapat tempat pertama.
labok[lA.bo/]kata namakebiasaan (kerap kali berlaku atau selalu terjadi), kelaziman.Kalu ikok labok ore sini, bilo buleh ore baru, kito keno buwak bekwoh cuko budok.[kA.lu i.ko/ lA.bo/ .ÄE s:i.ni bi.l bu.leh .ÄE bA.Äu ki.t k«.n bu.wA/ b:E/.wh tS:u.ko bu.d/]Kalau ikut kelaziman orang di sini, apabila mendapat cahaya mata, kita kena adakan majlis kenduri bercukur bayi.
cekok[tSE.k)/]kata nama1. tingkat kedudukan dalam kerja (dalam ketenteraan dan lain-lain) pangkat, calit.Diyo baru tigo tahong jadi aseka, buleh doh duo cekok.[di.j bA.Äu ti.g tA.hoN dZ:A.di A.s«.kA bu.leh dh du.w tSE.k))/]Dia baru tiga tahun jadi askar, sudahpun mendapat dua calit.

Kembali ke atas