Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengait

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ingat ranting yang akan melenting,
     dahan yang akan mencocok,
duri yang akan mengait.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sekok[s«.k/]kata kerjamengait buah-buahan (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) dengan menggunakan pengait yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar supaya buah tidak jatuh ke tanah.Gi sekok gak buoh duku pohong, ayoh nok make.[gi s«.k/ gA/ bu.wh du.ku p.hoN A.jh n/ mA.kE]Tolong kaitkan buah duku di atas pokok, ayah nak makan.
srekak[sÄ«.kA/]kata namapengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah.Kakok kaek buwoh crema guno srekak.[kA.k/ kAe/ bu.wh tSÄ«.mA gu.n sÄ«.kA/]Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak.

Kembali ke atas