Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
te’eh[t:E/.Eh]kata kerjatermengah-mengah kerana mengangkat sesuatu yang berat.Te'eh diyo nok akak kotok berak tu.[t:E/.Eh di.j n/ A.kA/ k.t/ b«.ÄA/ tu]Termengah-mengah dia nak mengangkat kotak berat tu.
kekpong[kE/.pN]kata kerjamengangkat dan membawa sesuatu dengan kedua-dua lengan.Tok diyo tok leh jale doh, nok gi mano keno kekpong.[to/ di.j t/ leh dZ:A.lE dh n/ gi m:A.n k«.n kE/.pN]Neneknya tak boleh berjalan dah, nak pergi ke mana-mana kena angkat.
kace[kA.tSE]kata kerja1. mengangkat dan menopang.Mari kito pakat kace rumoh tok ka hok sengek tu.[mA.Äi ki.t pA.kA/ kA.tSE Äu.mh to/.kA h/ sE.NE/ tu]Mari kita angkat rumah Tok Kar yang senget tu.
jong kako[dZoN kA.k] orang yang ditugaskan untuk mengangkat hidangan dalam majlis kenduri-kendara, penanggah.Tepak bekwoh tu, ambo jadi jong kako jah.[t«.pA/ b:E/.wh tu Am.b dZ:A.di dZoN kA.k dZAh]Di tempat kenduri tu, saya hanya jadi penanggah saja.

Kembali ke atas