Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gang.gu] | مڠݢڠݢو

Definisi : 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gang.gu] | مڠݢڠݢو

Definisi : 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganggu


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
krenak[kÄE.nA/]kata kerjamelakukan sesuatu yang tidak baik seperti mengganggu dan lain-lain (terutama kanak-kanak).Kito ni, jange dok krenak, nyo beci ko ore.[ki.t ni dZA.NE do/ kÄE.nA/ ø b«.tSi k .ÄE]Kita ni, jangan suka mengganggu, nanti dibenci orang.
glewak[glE.wA)/]kata kerjamengganggu orang lain yang sedang membuat sesuatu, menyibuk; glabuk.Jange dok glewak gak tepak ore dok wak krijo ni.[dZA.NE do/ glE.wA)/ gA/ t«.pA/ .ÄE d/ wA/ kÄi.dZ ni]Jangan buat bising di tempat orang buat kerja ni.
glabuk[glA.bu/]kata kerjamengganggu seseorang yang sedang membuat sesuatu, menyibuk; glewak.Jange dok glabuk gak tepak ore dok wak krijo ni.[dZA.NE do/ glA.bu/ gA/ t«.pA/ .ÄE d/ wA/ kÄi.dZ ni]Jangan menyibuk di tempat orang buat kerja ni.
awe boceh[A.wE b.tSE)h] sejenis makhluk halus yang mengganggu kanak-kanak.Anok Mek Song triok sokmo pete-pete pasa keno usek ko awe boceh. Anak Mek Som selalu menangis waktu petang kerana diusik oleh makhluk halus.

Kembali ke atas