[me.ngi.ring] | مڠيريڠ
Definisi : 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngi.ring] | مڠيريڠ
Definisi : 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngi.ring] | مڠيريڠ
Definisi : 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.ngi.ring] | مڠيريڠ
Definisi : berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)