[me.num.bu/] | منومبوق
Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.num.bu/] | منومبوق
Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)