Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mecok[m:«.tS/]kata kerjamenunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, bertindak kasar dan lain-lain), merajuk, meradang.Budok tu mecok slalu, kalu tok leh kandok diyo.[bu.d/ tu m:«.tS/ slA.lu kA.lu t/ leh kAn.d/ di.j]Budak tu terus meradang kalau tak dapat apa yang dikehendakinya.
lagu[lA.gu]kata tugaskata untuk menunjukkan perumpamaan, seperti, macam, bagai.Demo buwak lagu ni la, kalu nok cepak gak.[dE.m bu.wA/ lA.gu ni lA kA.lu n/ tS«.pA/ gA/]Kamu buat macam nilah, kalau nak cepat.
balah[bA.lAh]kata tugaskata yang menunjukkan perbandingan (sesuatu, seseorang), bagai, seperti, macam.Aku tengok muko anok mung balah ore puteh.[]Aku tengok wajah anak kamu seperti muka orang putih.
jolo[dZo.lo]kata tugaskata penegas untuk menunjukkan memang demikian halnya, sungguh, sah, benar.Jolo doh, tu ayoh Mamak ngaeh ike.[dZ.l dh tu A.jh mA.mA/ N:Aeh i.kE]Benarlah, itulah ayah Mamat peraih ikan.
lebuk[l«.bu/]kata namatanda atau bekas yang menunjukkan sesuatu seperti jalan dan lain-lain yang sering digunakan.Kalu gitu, budok tu lalu kok tu sokmo gi skoloh sapa lebuk jale tu.[kA.lu g:i.tu bu.d/ tu lA.lu ko/ tu s/.m gi sk.lh sA.pA l«.bu/ dZA.lE tu]Kalau begitu, budak tu sering menggunakan jalan itu pergi sekolah sehingga meninggalkan bekas.
cawak kote[tS:A.wA/ k.tE] ungkapan yang menunjukkan pekerjaan yang dibuat secara berhabis-habisan, bertungkus-lumus.Siye male diyo cawak kote nok sudoh krijo diyo.[si.jE mA.lE di.j tS:A.wA/ k.tE n/ s:u.dh kÄi.dZ di.j]Siang malam dia bertungkus lumus menyiapkan kerjanya.
cawak eko[tS:A.wA/ E.k] ungkapan yang menunjukkan pekerjaan yang dibuat secara bersungguh-sungguh.Diyo lari cawak eko sebak keno ambak ko anying[di.j lA.Äi tS:A.wA/ E.k s«.bA/ k«.n Am.bA/ k A.øiN]Dia lari bersungguh-sungguh sebab kena kejar anjing.
tuluk[t:u.lu/]kata namabunyi yang dikeluarkan untuk menunjukkan persembunyian sudah bermula dalam permainan sembunyi-sembunyi bagi kanak-kanak.Mung sebok tuluk la dulu, baru aku gi cari.[muN s«.bo/ t:u.lu/ lA du.lu bA.Äu A.ku gi tSA.Äi]Kamu sebut tuluklah dulu, baru aku pergi cari.
neron[n:«.Äon]kata namasarung atau kelongsong peluru.Ahli rela hok nok tuka pluru bede baru, keno tunjok neron kosong hok paka doh.[Ah.li rE.lA h/ n/ tu.kA plu.Äu b«.de bA.Äu k«.n tun.jo/ n:«.Äon ko.soN h/ pA.kA dh]Ahli RELA yang ingin menukar peluru yang baru, mestilah menunjukkan sarung peluru yang telah dipakai.

Kembali ke atas