Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da] | مودا

Definisi : 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum meng­hujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (ke­dudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perem­puan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da] | مودا

Definisi : 1 belum tua (bkn orang); masih remaja: Isterinya masih ~. anak ~ gadis atau teruna. 2 belum tua atau belum masak (bkn buah-buahan, daun-daunan dll). 3 agak pucat; kurang gelap (bkn warna): merah ~. 4 tingkatan, pangkat atau kedudukan yg kedua: menteri ~; raja ~ bakal raja; isteri ~ isteri yg terakhir atau yg terbaru. 5 belum lama lagi; belum larut: Negara Malaysia masih ~. bulan ~ awal bulan. ~ belia muda sekali. ~ hati orang tua yg bertingkah laku spt orang muda. ~-mudi golongan orang muda (lelaki dan perempuan). ~ remaja mula dewasa. memudakan menjadikan muda; menganggap muda. kemudaan keadaan atau sifat muda. kemuda-mudaan kelihatan muda atau spt anak muda (bkn kelakuan dsb); bertingkah laku spt anak muda. pemuda orang lelaki yg masih muda; orang muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan badan yang besar dan tinggi sedangkan umurnya masih muda.Budok tu jadi lo lagu tu.[bu.d/ tu dZ:A.di lo lA.gu tu]Budak tu jadi besar dan tinggi macam tu.
patoh turong[pA.th tu.ÄoN] sudah lanjut usia (tidak muda lagi), tua.Ambo patoh turong doh loni, tok srupo mulo.[Am.b pA.th tu.ÄoN doh l: ni t/ sÄu.p mu.l]Saya dah tua sekarang, tak macam dulu lagi.
awe[A.wE]kata namapanggilan umum bagi orang lelaki yang muda daripada penutur.Awe jange maeng pisa, lamo ke luko.[A.wE dZA.NE m:AeN pi.sA lA.m kE lu.k]Awang jangan bermain pisau, nanti luka.
dekoh[d:«.k)h]kata adjektifberkenaan putik buah dalam keadaan terlalu muda.Buoh jambu putik dekoh lagu tu pong mung ambek.[bu.wh dZAm.bu pu.ti/ d:«.k)h lA.gu tu poN muN Am.be/]Buah jambu yang masih putik macam tu pun kamu ambil.
mecak[m:e.tSA)/]kata kerjateringin benar akan sesuatu, terliur.Ore tino ngide tu, mecak tengok putik paoh.[.ÄE t:i.n N:i.dE tu m:«.tSA/ tE.N/ pu.ti/ pAoh]Perempuan mengidam tu, terliur apabila melihat buah mempelam muda.

Kembali ke atas