Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : beberapa jenis serangga ber­sayap yg suka menggigit dan meng­hisap darah. ~ aedes (rimau) nya­muk yg membawa demam denggi dan demam kuning, Aedes aegypti. ~ biasa nyamuk yg biasa terdapat tetapi tidak berbahaya, Culex fatigans. ~ tiruk nyamuk yg membawa penyakit malaria, Anopheles maculatus (sundaicus, umbrosus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk

Puisi
 

Banyak nyamuk di hutan Tengar,
     Buah betik dipanggil papaya;
Kicau murai lagi didengar,
     Inikan pula cerita manusia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lokek[l.kE/]kata adjektif1. berkenaan kulit yang sensitif terhadap gigitan nyamuk dan lain-lain.Mung ni kulek lokek sunggoh, nyo ketek ko nyamok pong jadi kudih.[muN ni ku.le/ l.kE/ suN.goh N k«.te/ k øA.m/ poN dZ:A.di ku.dih]Kulit kamu ni sensitif sungguh, digigit nyamuk sikit pun boleh jadi kudis.

Kembali ke atas