Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pam] | ڤم

Definisi : alat, biasanya mempunyai tiub dan peme­gang, utk memasukkan cecair, angin, gas, dsb ke dalam (atau mengeluarkannya drpd) se­suatu, bomba, pompa; ~ air pam utk menghisap dan mengeluarkan air; ~ angin pam utk menghisap dan mengeluarkan angin; ~ basikal pam utk memasuk­kan angin ke dlm tayar basikal; ~ minyak a) pam utk menghisap dan mengeluarkan minyak; b) tempat membeli (mengisi) minyak petrol dll utk kereta; ~ udara pam angin; mengepam mengisi atau menyedut air (angin dll) dgn pam: kami menyewa sebuah pam dan ~ air dr sungai; dia sedang ~ bola kami; mengepamkan 1. mengepam utk; 2. mema­sukkan gas (cairan dsb) ke dlm: ~ angin ke dlm tayar; pengepaman perbuatan atau hal mengepam­(kan); pengepam (alat, mesin dsb) yg digunakan utk mengepam: di kebun sayurnya terdapat juga sebuah mesin ~ utk mengepam air dr kolam; ~ susu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pam] | ڤم

Definisi : alat utk memaksakan angin dll keluar atau masuk; alat utk menghisap, menyedut dsb serta mengeluarkan sesuatu, spt air, minyak. ~ air pam utk menghisap serta mengeluarkan air (dr sungai dll). ~ angin pam utk menghisap serta mengeluarkan angin dr sesuatu. ~ basikal (kereta) pam utk memasukkan angin ke dlm tayar basikal (kereta). ~ minyak a. pam utk menyedut serta mengeluarkan minyak dr sesuatu. b. tempat membeli minyak utk kereta dll. mengepam menyedut serta mengeluarkan atau mengisi sesuatu dgn menggunakan pam: ~ air. pengepaman perbuatan atau hal mengepam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pam


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gohek I[g.hE/]kata namapam.Dulu ore paka gohek kalu nok ambek ae tlago.[du.lu .ÄE pA.kA g.hE/ kA.lu n/ Am.be/ Ae tlA.g]Dulu orang menggunakan pam kalau nak ambil air telaga.

Kembali ke atas