Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(19)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokok[k.k)))/]kata adjektifberkenaan hujung parang yang bengkok.Ujong pare tu kokok.[u.dZoN pA.ÄE tu k.k)))/]Hujung parang tu bengkok.
lewo[lE.w]kata kerjamengayun sesuatu secara melintang (pedang, parang dan sebagainya).Ore gilo tu dok lewo golok depe rumoh diyo.[.ÄE gi.l tu do/ lE.w g.l/ d:«.pE Äu.mh di.j]Orang gila tu sedang mengayun parang di hadapan rumahnya.
tupo glenyeh[tu.po glE.øEh] berkenaan pisau, parang dan lain-lain yang sangat tumpul.Pisa tu tupo glenyeh, nok kerak gapo pong tok leh.[pi.sA tu tu.po glE.øEh n/ k«.ÄA/ g:A.p poN t/ leh]Pisau tu sangat tumpul, nak memotong apapun tak boleh.
jeroh[dZ«.čh]kata kerjamengasah sesuatu (seperti pisau dan lain-lain), kilir.Pok De jeroh pare paka batu ngasoh.[p/ de dZ«.čh pA.ÄE pA.kA bA.tu N:A.sh]Pak Dir mengasah parang menggunakan batu pengasah.

Kembali ke atas