Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Limau manis limau kasturi,
     Penuh berisi dalam dulang;
Saya senyum untuk sendiri,
     Bukan tujuan pemikat orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
deke[dE.kE]kata adjektifberkenaan buah dalam keadaan tidak berisi penuh, tidak elok.Tahong ni buoh mokte deke, pasa masok museng kemara.[tA.hoN ni bu.wh m/.tE dE.kE pA.sA mA.s/ mu.seN k«.mA.ÄA]Tahun ini buah rambutan tak berisi penuh, kerana masak musim kemarau.

Kembali ke atas