Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.be.lan.ja.an] | ڤربلنجاءن

Definisi : perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.be.lan.ja.an] | ڤربلنجاءن

Definisi : 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbelanjaan

Peribahasa

352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tereh[t:«.ÄEh]kata adjektifberkenaan wang perbelanjaan dan lain-lain yang hampir habis.Pinje pitih demo duwo tigo riya, ambo tereh sangak doh ni.[pin.dZE pi.tih dE.m du.w ti.g Äi.jA Am.b t:«.ÄEh sA.NA/ dh ni]Pinjam duit kamu dua tiga ringgit, saya dah hampir kehabisan wang sekarang ni.

Kembali ke atas