Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)

358

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Temu pada awak, peria pada teman.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pengah[p«.NAh]kata adjektifberkenaan perempuan yang miang atau gatal.Anok tino mung tu, napok pengah teh.[A.n/ t:i.n muN tu nA.p/ p«.NAh tEh]Anak perempuan kamu tu, nampak miang saja.
come lote[tS.mE l:.tE] berkenaan wajah perempuan, bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain dalam keadaan yang cantik.Anok tino demo gak, come lote blako.[A.n/ t:i.n dE.m gA/ tS.mE l:.tE blA.k]Anak perempuan awak semuanya cantik-cantik.
selambok[s«.lAm.bo/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak perempuan yang menggunakan beberapa biji buah guli yang dilambung-lambung.Rama budok tino dok maeng selambok atah seming tepi rumoh.[ÄA.mA bu.d/ t:i.n do/ m:AeN s«.lAm.bo/ A.tAh s«.miN t:«.pi Äu.mh]Ramai budak perempuan main selambut di atas simen tepi rumah.
   4.      panggilan untuk perempuan berketurunan Siam.   
glenya[gl«.øA]kata adjektifberkenaan perangai perempuan yang suka bergaul bebas, gatal; gletah.Mung ni jange dok glenya gak, nyo beci ko ore.[muN ni dZA.NE do/ gl«.øA gA/ ø b«.tSi k .ÄE]Kamu ni jangan gatal, nanti dibenci orang.
mulok beruh[mu.lo/ b«.Äuh] 1. berkenaan perempuan yang suka mengeluarkan kata-kata kesat.Jange dok mulok beruh gak nyo maroh ko ore.[dZA.NE do/ mu.lo/ b«.Äuh gA/ ø mA.čh k .ÄE]Jangan suka mengeluarkan kata-kata kesat nanti dimarahi orang.
mek[mE/]kata nama1.      panggilan untuk budak perempuan.   
gletah[gl«.tA)h]kata adjektifberkenaan perangai perempuan yang bergaul bebas, gatal; glenya.Mung ni jange dok gletah gak, udoh ngeleh.[muN ni dZA.NE do/ gl«.tA)h gA/ u.doh N«.leh]Kamu ni jangan gatal, tak elok dipandang.
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.
menguwe[m«.Nu.wE]kata kerjamemandikan mayat orang perempuan.Maso menguwe Mek Ye, ore buwak dale bilik.[mA.s m«.Nu.wE mE/ jE .ÄE bu.wA/ dA.lE bi.le/]Semasa memandikan mayat Mek Yam, orang buat di dalam bilik.
12

Kembali ke atas