Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)

322

Into each life some rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
coh[tS)h]kata namasejenis permainan tradisional Kelantan (seperti permainan galah panjang).Budok-budok tu dok maeng coh.[bu.d/.bu.d/ tu d/ m:AeN tS))))))h]Budak-budak tu sedang bermain coh.
ewok[E.w/]kata namasejenis permainan judi.Puok hok maeng ewok tu keno igak poleh doh.[pu.w/ h/ m:A.eN E.w/ tu k«.n i.gA/ p.leh dh]Puak yang bermain judi tu telah ditangkap polis.
selambok[s«.lAm.bo/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak perempuan yang menggunakan beberapa biji buah guli yang dilambung-lambung.Rama budok tino dok maeng selambok atah seming tepi rumoh.[ÄA.mA bu.d/ t:i.n do/ m:AeN s«.lAm.bo/ A.tAh s«.miN t:«.pi Äu.mh]Ramai budak perempuan main selambut di atas simen tepi rumah.
olek[.lE)/]kata kerjamenggelecek bola (dalam permainan bola sepak).Panda bena mung olek bola tu, sapa ore laeng tok leh ambek.[pAn.dA b«.nA muN .lE)/ b.lA tu sA.pA .ÄE lAeN t/ leh Am.be/]Pandai sungguh kamu menggelecek bola tu, hinggakan orang lain tak dapat ambil.
dekcok I[dE/.tS/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat menggunakan sebelah kaki mengikut petak-petak tertentu, tenteng.Maso kecik-kecik dulu, ambo brehi bena maeng dekcok.[mA.s k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu Am.b bÄE.hi b«.nA mAeN dE/.tS/]Masa kecil-kecil dulu, saya sangat gemar bermain melompat sebelah kaki.
congek cakdong[tS.NE)/ tSA/.doN] sejenis permainan kanak-kanak, jongkang-jongkit.Adek dok maeng congek cakdong depe rumoh.[A.de/ do/ m:AeN tS.NE)/ tSA/.doN d:«.pE Äu.mh]Adik sedang bermain jongkang jongkit di hadapan rumah.
ciku cak[tSi.ku tS:A/] sejenis permainan menghadang muka dengan sesuatu untuk menggalakkan kanak-kanak ketawa.Budok-budok suko bena kalu maeng ciku cak de nge diyo.[bu.d/.bu.d/ su.k b«.nA kA.lu m:AeN tS:i.ku tS:A/ d«.NE di.j]Kanak-kanak suka sangat kalau main hadang muka dengan dia.
tuluk[t:u.lu/]kata namabunyi yang dikeluarkan untuk menunjukkan persembunyian sudah bermula dalam permainan sembunyi-sembunyi bagi kanak-kanak.Mung sebok tuluk la dulu, baru aku gi cari.[muN s«.bo/ t:u.lu/ lA du.lu bA.Äu A.ku gi tSA.Äi]Kamu sebut tuluklah dulu, baru aku pergi cari.

Kembali ke atas