[pe.rut] | ڤروت
Definisi : 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segalagala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.rut] | ڤروت
Definisi : ark gulungan benang yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.rut] | ڤروت
Definisi : ; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~ kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, Gnetum campestre. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.rut] | ڤروت
Definisi : 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu, saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah, tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)