Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak; berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan­-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang; memijak-mijak memijak berkali-kali, meng­injak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap; memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah isti­adat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah; terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; pijakan perbuatan memijak; pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memi­jak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak perkakas spt pedal basikal dll yg digerakkan dgn kaki; injak-injak. berpijak bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. memijak menumpukan kaki pd; menekan atau menindih dgn kaki: ~ tanah. terpijak tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. pemijak tempat berpijak: Apabila ~nya dipijak, alat itu akan bergerak turun naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pijak
Kata Terbitan : pijak-pijak, berpijak, memijak, memijakkan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jirek[dZi.Äe/]kata kerjameletakkan kaki pada sesuatu, pijak.Jange dok jirek gak tepak anok sema ore tu.[dZA.NE do/ dZi.Äe/ gA/ t«.pA/ A.n/ s«.mA .ÄE tu]Janganlah pijak di tempat anak semaian orang tu.
nja[ndZA]kata kerjamemijak sesuatu (dengan kuat) dengan sebelah kaki, menghentak.Budok ni tolo do’oh, aku nja tepok ke.[bu.d/ ni t.lo d:/.h A.ku ndZA tE.p/ kE]Budak ini nakal sangat, aku pijak tempang nanti.
pohu[p.hu]kata adjektifberkenaan biskut, kayu dan lain-lain yang mudah patah, rapuh.Tok soh jijok atah jula hok pohu tu, jatoh ke.[t/ sh dZi.dZ/ A.tAh dZu.lA h/ p.hu tu dZA.toh kE]Jangan pijak di atas dahan rapuh tu, nanti jatuh.

Kembali ke atas