Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dedeh[dE.dEh]kata kerjamenghabiskan makanan dan lain-lain sehingga tidak sedikit pun yang tinggal.Mok dedeh berah dale genok sapa licing.[m/ dE.dEh b«.ÄAh dA.lE g«.n/ sA.pA li.tSiN]Emak menghabiskan beras di dalam bekas sampai habis.
   2. menghantuk, memukul (orang atau benda).2 Kerah beto buoh ni, andah ke dindeng tok pecoh.[]2. Keras betul buah ni, hantuk ke dinding pun tak pecah.
retek[ÄE.tE/]kata tugasjuga; getek.Kalu mung nok gi, aku nok gi retek.[kA.lu muN n/ gi A.ku n/ gi ÄE.tE/]Kalau kamu nak pergi, aku pun nak pergi juga.
tembo[t«m.b]kata kerjamerempuh, menyerbu.Ore tok buwi pong, mung tembo masok jugok.[.ÄE t/ bu.wi poN muN t«m.b mA.so/ dZu.g/]Orang tak bagi pun, kamu rempuh masuk juga.
lakyoh[lA/.joh]kata adjektifterhuyung-hayang.Mung pening lagi nih, jale pong lakyoh.[muN p«.niN lA.gi nih dZ:A.lE poN lA/.joh]Kau masih lagi pening ni, berjalan pun terhuyung-hayang.
kelong[kE.lN]kata adjektiftipu muslihat.Patok pong pasuke kito kaloh, goli kelong.[pA.to/ poN pA.su.kE ki.t kA.lh g.li kE.lN]Patut pun pasukan kita tewas, penjaga golnya melakukan tipu muslihat.
brecok[bÄE.tS/]kata adjektifberkenaan laut yang dalam keadaan bergelombang, beralun.Ae brecok pong ore gi ke laok jugok.[Ae bÄE.tS/ poN .ÄE gi k« lAo/ dZu.g/]Air bergelombang pun orang pergi ke laut juga.
rak[ÄA/]kata adjektifjinak.Rak sunggoh burong pati demo, lepah pong tok lari.[ÄA/ suN.goh bu.ÄoN p:A.ti dE.m l«.pAh poN t/ lA.Äi]Jinak sungguh burung merpati awak, lepas pun tak lari.
ngaju[N:A.dZu]kata kerjamerajuk.Ore tego sikik ngaju doh, tu tok maroh lagi.[.ÄE t«.g si.ki/ N:A.dZu dh tu t/ mA.čh lA.gi]Orang tegur sikit pun dah merajuk, tu tak marah lagi.
meto[m«.t]kata adjektifsombong.Budok ni meto bena, royak gapo pong tok denga.[bu.d/ ni m«.t b«.nA č.jA/ g:A.p poN t/ d«.NA]Budak ni angkuh benar, cakap apa pun dia tak ambil peduli.
1234

Kembali ke atas