Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang de­wasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menye­kolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
paje[pA.dZE]kata kerjamendenda kerana melakukan kesalahan kecil (berkenaan kanak-kanak sekolah).Jange dok paje budok-budok tengoh panah tu.[dZA.NE do/ pA.dZE bu.d/.bu.d/ t«.Nh pA.nAh tu]Jangan mendenda pelajar di tengah panas terik tu.
sek[sE/]kata kerjamengoyak-ngoyakkan kertas, kain dan lain-lain, mencarik-carikkan.Adek sek bok skoloh Ali.[A.de/ sE/ bo/ sk.lh A.li]Adik mengoyak-ngoyakkan buku sekolah Ali.
ble-ble[blE.blE]kata tugaskata tugasBudok skoloh tu baco bok ble-ble tunggu bah.[bu.d/ sk.lh tu b:A.tS b/ blE.blE tuN.gu bAh]Budak sekolah tu baca buku sambil tunggu bas.
tokse[t/.se]kata adjektiftidak mahu, tidak ingin.Anok ambo tokse gi skoloh ari ni.[A.n/ Am.b t/.se gi sk.lh A.Äi ni]Anak saya tak mahu pergi sekolah hari ni.
crele creluk[tSÄ«.lE tSÄ«.lu/] sekali-sekala, jarang-jarang.Kalu gi skoloh crele creluk bilo nok panda.[kA.lu gi sk.lh tSÄ«.lE tSÄ«.lu/ bi.l n/ pAn.dA]Kalau jarang-jarang pergi sekolah bila nak pandai.
bokte[b/.tE]kata tugaskerana, sebab.Ayoh diyo maroh kedio bokte tok se gi skoloh.[A.jh di.j mA.čh k«.di.j b/.tE t/ se gi sk.lh]Ayah memarahinya kerana tak nak pergi sekolah.
celeng[tSE.leN]kata namatempat menyimpan wang, tabung.Budok-budok skoloh molek bena kalu sipe pitih dale celeng.[bu.d/.bu.d/ sk.lh m.lE/ b«.nA kA.lu si.pE pi.tih dA.lE tSE.leN]Pelajar-pelajar sekolah elok benar kalau simpan wang dalam tabung.
teweng[t:E.wEN]kata adjektifcapik, tempang.Siye ko budok tu, jale teweng pong gi skoloh.[s:i.jE k bu.d/ tu dZ:A.lE t:E.wEN poN gi sk.lh]Kasihan budak tu, berjalan tempang pun pergi ke sekolah.
   2. basah kuyup; jerok.Anok Mek Nak basoh jojoh, pasa balek skoloh tengoh uje.[A.n/ mE/ nA/ bA.sh dZ:.dZh pA.sA bA.le/ sk.lh t«.Nh u.dZE]Anak Mek Nab basah kuyup kerana balik sekolah tengah hujan.
selak[s«.lA/]kata tugassekiranya, kalau, jika, jikalau.Mung tok gi skoloh ni, selak cekgu tanyo mung nok jawak guwano.[muN t/ gi sk.lh ni s«.lA/ tSE/.gu tA.ø muN n/ dZA.wA/ gu.wA.n]Kamu tak pergi ke sekolah ni, kalau cikgu tanya bagaimana kamu nak jawab.
12

Kembali ke atas