Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
srekak[sÄ«.kA/]kata namapengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah.Kakok kaek buwoh crema guno srekak.[kA.k/ kAe/ bu.wh tSÄ«.mA gu.n sÄ«.kA/]Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak.
sekok[s«.k/]kata kerjamengait buah-buahan (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) dengan menggunakan pengait yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar supaya buah tidak jatuh ke tanah.Gi sekok gak buoh duku pohong, ayoh nok make.[gi s«.k/ gA/ bu.wh du.ku p.hoN A.jh n/ mA.kE]Tolong kaitkan buah duku di atas pokok, ayah nak makan.
nasik tupe[nA.si/ tu.pE] nasi dan lauk (seperti ikan, udang dan lain-lain) yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon. Nasi dimasak agak lembik, dimampatkan apabila dibungkus dan kelihatan seperti nasi himpit apabila sejuk.   
balah[bA.lAh]kata tugaskata yang menunjukkan perbandingan (sesuatu, seseorang), bagai, seperti, macam.Aku tengok muko anok mung balah ore puteh.[]Aku tengok wajah anak kamu seperti muka orang putih.
kudu[ku.du]kata adjektifberkenaan mata yang nampak seperti mengantuk, kuyu.Diyo tu nageh dadoh, mato napok kudu jah.[di.j tu n:A.geh dA.dh mA.t nA.p/ k:u.du dZAh]Dia tu penagih dadah, mata nampak seperti mengantuk saja.
   2. menggemburkan sesuatu seperti tanah supaya tidak terlalu mampat.Peruwo gak sikik tanoh tepak tane lado tu.[p«.Äu.w gA/ si.ki/ tA.nh t«.pA/ tA.nE lA.d tu]Gemburkanlah sedikit tanah tempat tanam lada tu.
sepa[s:«.pA)]kata kerjaterjulur (seperti kepala kura-kura dan lain-lain).Sepa palo diyo kok jenelo maso aku pangge.[s:«.pA) p:A.l di.j k/ dZ«.nE.l mA.s A.ku pAN.ge]Terjulur kepala dia di jendela semasa saya panggil.
ongek[.NE/]kata kerjamenggoyang sesuatu (seperti batang kayu, gigi dan lain-lain), menggoncang.Yak mung dok ongek bate kayu tu bakpo, lamo ke cabuk.[jA/ muN do/ .NE/ bA.tE kA.ju tu bA/.p lA.m kE tS:A.bu/]Yang kamu goyang batang kayu tu kenapa, nanti tercabut.
renggeh[ÄEN.gEh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti buah di atas pokok yang tinggal sedikit sahaja.Buwoh mokte tu renggeh doh nyo pelah budok.[bu.wh m/.tE tu ÄEN.gEh dh ø p«.lAh b:u.d/]Buah rambutan tu sudah tinggal sedikit kerana dicuri oleh budak-budak.
pekong[p«.kN]kata kerjamembaling sesuatu (seperti batu, kayu dan lain-lain) ke arah hadapan, melontar.Jange dok pekong batu alah ko rumoh ore tu.[dZA.NE do/ p«.kN bA.tu A.lAh k Äu.mh .ÄE tu]Janganlah baling batu ke arah rumah orang.
123456

Kembali ke atas