Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si] | سي

Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sis­tem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata si

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Si lalar si lalai.

Bermaksud :

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

 

Lihat selanjutnya...(60)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
siyak[si.jA/]kata tugasusah, jangan.Siyak dok kuca gak adek nok tido tu.[si.jA/ do/ ku.tSA gA/ A.de/ n/ ti.do tu]Jangan ganggulah, adik nak tidur tu.
gateh[gA.teh]kata kerjamengayuh basikal atau alat tenun dengan kaki atau tangan.Gateh koho gak sikik basika tu, jatoh ke.[gA.teh k:.h gA/ si.ki/ bA.si.kA tu dZA.toh kE]Kayuh perlahan sikit basikal tu, jatuh nanti.
kesik[k«.si/]kata adjektifberkenaan perasaan sepi, sunyi.Diyo raso kesik kalu dok dale bilek sore.[di.j ÄA.s k«.si/ kA.lu do/ dA.lE bi.le/ s:.ÄE]Dia rasa sunyi kalau berada di dalam bilik berseorangan.
siya[si.jA]kata kerjamenjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (daripada sakit, penyakit), sembuh.Nyakek diyo tu siya doh lepah masok spita duwo tigo ari.[ø:A.ke/ di.j tu si.jA dh l«.pAh mA.so/ spi.tA du.w ti.g A.Äi]Penyakit dia tu dah sembuh selepas masuk hospital beberapa hari.
bisik gajoh[b:i.si/ gA.dZh] berbisik tetapi dengan suara yang kuat dan dapat didengari oleh orang lain.Mung bisik gajoh denge aku, abih ore denga.[muN b:i.si/ gA.dZh d«.NE A.ku A.bih .ÄE d«.NA]Kamu berbisik kuat dengan aku, semua orang dengar.
siko[si.ko]kata namasejenis penyodok tanah (yang besar dan lebar) dibuat daripada besi dan mempunyai pemegang yang panjang.Mamak dok tengoh kambuh lube denge siko.[mA.mA/ do/ t«.Nh kAm.buh lu.bE d«.NE si.ko]Mamat sedang menimbus lubang dengan siko.
pine kosi[pi.nE k.si] kiasan kepada orang bodoh yang keras kepala.Tok soh dok caro denge ore hok srupo pine kosi tu, diyo payoh nok denga kalu ore kato.[t/ sh do/ tS:A.č d«.NE .ÄE h/ sÄu.p pi.nE k.si tu di.j pA.jh n/ d«.NA kA.lu .ÄE kA.t]Jangan hiraukan orang bodoh yang keras kepala tu, dia susah nak dengar apa orang kata.
patak sipuk[pA.tA/ si.pu/] pangkal garis-garis dan pusar pada hujung jari tangan yang memberi gambaran kepandaian seseorang (seperti menjahit, melukis dan lain-lain).Patok diyo manda, pasa diyo ado patak sipuk.[pA.to/ di.j m:An.dA pA.sA di.j A.d pA.tA/ si.pu/]Patutlah dia pandai melakukan sesuatu, ada tanda pusar pada tapak tangannya.
nasik tupe[nA.si/ tu.pE] nasi dan lauk (seperti ikan, udang dan lain-lain) yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon. Nasi dimasak agak lembik, dimampatkan apabila dibungkus dan kelihatan seperti nasi himpit apabila sejuk.   
nasik manih[nA.si/ mA.nih] sejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula melaka dan santan, wajik.   
12345678

Kembali ke atas