Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan ter­hadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ®sigap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer virgatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1 = ~ tubuh bentuk atau tokoh tubuh: ~nya tegap. 2 cara atau gaya se­seorang bergerak dll: Dia tersenyum melihat ~ anaknya menangkis pukulan itu. 3 perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakin­an dll): Bagaimana ~ mereka terhadap Ketua Pengarah ini? bersikap mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bela[b«.lA]kata adjektifberkenaan sikap tidak payah atau tidak usah.Kalu mung susoh nok gi gak bela la.[kA.lu muN su.sh n/ gi gA/ b«.lA lA]Kalau kamu susah nak pergi tidak payahlah.
celiko[tS«.li.k]kata adjektifberkenaan sikap culas atau suka mengelak daripada melakukan sesuatu pekerjaan.Celiko sungguh budok ni, kalu suroh wak krijo lari slalu.[tS«.li.k suN.goh bu.d/ ni kA.lu su.Äoh wA/ kÄi.dZ lA.Äi slA.lu]Celiko sungguh budak ni, kalau suruh buat kerja terus menghilangkan diri.
tebolah[t«.b.lA)h]kata adjektifberkenaan sikap seseorang yang sentiasa tidak teliti apabila melakukan sesuatu.Budok ni wak krijo gak, tebolah sokmo.[bu.d/ ni wA/ kÄi.dZ gA/ t«.b.lA)h s/.m]Budak ni kalau buat kerja, selalu tidak teliti.

Kembali ke atas