Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1. bunyi manusia (bercakap dll): ~ itu nyatalah ~ perempuan; 2. bunyi binatang: ia sangat hairan mendengar ~ burung itu; 3. bunyi alat perkakas (radio dll); 4. apa yg dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan: ~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran; membuka ~ memberi pendapat; 5. bunyi yg dikeluarkan oleh manusia dlm sesuatu bahasa, bunyi bahasa; 6. sesuatu yg menjadi jurucakap atau lidah rasmi (utk melahirkan perasaan, pen­dapat, dll): akhbar itu mewakili ~ kerajaan; 7. pernyataan bersetuju atau tidak (dlm mesyuarat, perundingan, pemilihan, dll): cadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~; ~ bulat persetujuan drpd semua pihak; ~ hati perasaan hati (utk membezakan antara baik dgn buruk); ~ latar ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dsb oleh penutur yg tidak dapat dilihat; ~ pemutus kuasa utk membuat sesuatu keputusan (dlm pembicaraan dll); ~ ramai pendapat orang ramai; ~ sumbang pendapat yg bertentangan dgn pendapat umum; kalah ~ kalah undi; memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut mem­buang undi; mendapat ~ dipilih dlm peng­undian; bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja; menyuarakan 1. mengatakan, mengucap­kan: ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dlm perjumpaan­perjumpaan umum; 2. menyanyikan (lagu); penyuaraan perihal mengeluarkan suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kopek.pE)]kata adjektif1. berkenaan suara yang sengau.Diyo tu agah nok jadi penyanyi, soro kope.[di.j tu A.gAh n/ dZ:Adi p«.øA.øi s.č k.pE)))))))))))))))))))))))))))))))]Dia tu berlagak nak jadi penyanyi, suara sengau.
ngidong[N:i.doN]kata adjektif1. bercakap dengan mengeluarkan suara melalui hidung, sengau.Jusoh deme semo, patok la soro diyo ngidong.[dZu.soh d«.mE s:«.m pA.to/ lA s.č di.j N:i.doN]Jusuh demam selsema, patutlah suaranya sengau.
turik[tu.Äi/]kata adjektiftuli sekejap kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising, bingit.Turik tlingo aku mung naong kuwak tlajok.[tu.Äi/ tli.N A.ku muN n:AoN ku.wA/ tlA.dZ/]Bingit telinga aku, kamu menjerit kuat sangat.
bisik gajoh[b:i.si/ gA.dZh] berbisik tetapi dengan suara yang kuat dan dapat didengari oleh orang lain.Mung bisik gajoh denge aku, abih ore denga.[muN b:i.si/ gA.dZh d«.NE A.ku A.bih .ÄE d«.NA]Kamu berbisik kuat dengan aku, semua orang dengar.
doho[d:.h)]kata adjektifsengau.Demo semo ko, bunying doho jah.[dE.m s:«.m k b:u.øiN d:.h) dZAh]Awak selesemakah, suara macam sengau saja.
tok joro[to/ dZ.č] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat.Ore hok nok jadi tok joro, buke soro jah keno sedak, tapi keno tahu buwak banyok lagu.[.ÄE h/ n/ dZ:A.di to/ dZ.č bu.kE s.č dZAh k«.n s«.dA/ tA.pi k«.n tA.hu bu.wA/ bA.ø/ lA.gu]Orang yang nak jadi tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat bukan suara sahaja mesti lunak, tapi mesti pandai mencipta pelbagai lagu.

Kembali ke atas