Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sakni[sA/.ni] tidak lama sebelum ini, baru sebentar yang lalu, baru sahaja, tadi.Ambo baru jupo denge diyo sakni.[Am.b bA.Äu dZ:u.p d«.NE di.j sA/.ni]Saya baru sahaja berjumpa dengannya tadi.
tewah[t:E.wAh]kata kerjabertanding, beradu, berlawan, bersaing.Demo tewah denge sapo takdi?[dE.m t:E.wAh d«.NE sA.p tA/.di]Kamu berlawan dengan siapa tadi?
royak[č.jA/]kata kerjamemberitahu, menceritakan.Mung royak gapo sakni, aku tok denga.[muN č.jA/ g:A.p sA/.ni A.ku t/ d«.NA]Kamu beritahu apa tadi, aku tak dengar.
kresok[kÄE.s)/]kata kerjatersentak.Mae kresok semeta maso keno maroh takdi.[mA.E kÄ«.s)/ s«.m«.tA mA.s k«.n mA.čh tA/.di]Mail tersentak sekejap semasa dimarahi tadi.
derak[d:«.ÄA/]kata kerjaberjalan-jalan tanpa tujuan.Mae gi derak jok pagi takdi lagi.[mA.E gi d:«.ÄA/ dZ/ p:A.gi tA/.di lA.gi]Mail pergi berjalan-jalan sejak pagi tadi lagi.
potek[p:.tE)/]kata namakedudukan yang paling tinggi dan jelas, puncak.Takdi ambo tengok rima aka dok potek bukek tu.[tA/.di Am.b tE.N/ Äi.mA A.kA do/ p:.tE)/ bu.ke/ tu]Tadi saya tengok harimau akar di puncak bukit tu.
radok[Ä:A.d/]kata namasejenis penyakit sesak nafas, asma.Smale Mok Teh radok kuak sapa keno masok spita.[smA.lE m/ teh Ä:A.d/ ku.wA/ sA.pA k«.n mA.so/ spi.tA]Malam tadi Mak Teh sesak nafas yang teruk sampai terpaksa ditahan di hospital.
kronyok[kč.ø/]kata kerjamemeluk dengan kuat.Adek kronyok tuboh mok maso pete kuwak takdi.[A.de/ kč.ø/ tu.boh m/ mA.s p«.te ku.wA/ tA/.di]Adik memeluk badan emak semasa petir kuat tadi.
parok I[p:A.č/]kata kerjaterserempak.Maso dok dale ute takdi, ambo parok denge rima.[mA.s do/ dA.lE u.tE tA/.di Am.b p:A.č/ d«.NE Äi.mA]Semasa berada di dalam hutan tadi, saya terserempak dengan harimau.
lek-lek[lE)/.lE)/]kata adjektifbenar-benar, betul-betul, sungguh-sungguh.Takdi ambo tengok lek-lek bendo tu dok ado sini.[tA/.di Am.b tE.N/ lE/.lE/ b«n.d tu do/ A.d s:i.ni]Tadi saya tengok betul-betul benda tu ada di sini.
123

Kembali ke atas