Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mombe[mm.bE]kata adjektif1. berkenaan tanah yang mudah jerlus, tanah lembik.Kuba Pok Soh lekak dale tanoh mombe baroh.[ku.bA p/ soh l«.kA/ dA.lE tA.nh mm.bE b:A.Äoh]Kerbau Pak Soh terperosok dalam tanah jerlus di sawah.
gong I[goN]kata namatanah tinggi.Jange dok maeng gak atah gong tebaka tu.[dZA.NE do/ m:AeN gA/ A.tAh goN t«.bA.kA tu]Janganlah bermain di atas tanah tinggi tempat tanaman tembakau tu.
   2. menggemburkan sesuatu seperti tanah supaya tidak terlalu mampat.Peruwo gak sikik tanoh tepak tane lado tu.[p«.Äu.w gA/ si.ki/ tA.nh t«.pA/ tA.nE lA.d tu]Gemburkanlah sedikit tanah tempat tanam lada tu.
tanoh ko[tA.nh k:] tanah yang sangat keras dan berketul-ketul.Tanoh ko tu tok leh wak nane gapo satu.[tA.nh k: tu t/ leh wA/ n:A.nE g:A.p sA.tu]Tanah keras dan berketul-ketul tu tak boleh ditanam apa-apapun.
gerak[g:«.ÄA/]kata namasejenis alat untuk menghancurkan tanah di sawah.Gerak diyo patoh maso dok wak krijo kebon.[g:«.ÄA/ di.j pA.th mA.s do/ wA/ kÄi.dZ k«.bon]Alat penghancur tanah dia patah semasa buat kerja di kebun.
nangga[nAN.gA]kata namasejenis alat untuk menghancurkan tanah, tenggala.Ayoh guno nangga, nok praco tanoh pade.[A.jh gu.n nAN.gA n/ pÄA.tS tA.nh p:A.dE]Ayah menggunakan tenggala, nak menghancurkan tanah di sawah.
siko[si.ko]kata namasejenis penyodok tanah (yang besar dan lebar) dibuat daripada besi dan mempunyai pemegang yang panjang.Mamak dok tengoh kambuh lube denge siko.[mA.mA/ do/ t«.Nh kAm.buh lu.bE d«.NE si.ko]Mamat sedang menimbus lubang dengan siko.
ca I[tS:A]kata namakawasan tanah rendah tempat menakung air kotor, limbah.Ore curi tu glecoh masuk dale ca maso diyo lari.[.ÄE tS:u.Äi tu glE.tSh mA.so/ dA.lE tS:A mA.s di.j lA.Äi]Pencuri tu tergelincir masuk dalam limbah semasa dia lari.
pelunggo[p«.luN.go]kata namakayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain), ancang, tunggul.Unje pelunggo lembu tu kuak, lucuk ke.[un.dZE p«.luN.go l«m.bu tu k:u.wA/ l:u.tSu/ kE]Pacakkan pancang lembu tu kuat-kuat, nanti terlucut.
mukuh[mu.kuh]kata namasejenis binatang yang mengerip, tikus tanah.   
12

Kembali ke atas