Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Sampai ke tepi terkena duri,
     Duri dibuang sakit pun hilang;
Kalau ayah tidak memberi,
     Adik hendak mengikut abang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ledeh[lE.dEh]kata adjektifsepet mata kerana terkena sesuatu.Ledeh mato ambo luko sikik keno lidi.[lE.dEh mA.t Am.b lu.k si.ki/ k«.n li.di]Sepet mata saya kerana luka terkena lidi.
behe I[b:E.he]kata namabintat-bintat pada kulit akibat terkena sesuatu yang berbisa, bedan.Tuboh budok tu abih behe keno ulak bulu.[tu.boh bu.d/ tu A.bih b:E.he k«.n u.lA/ bu.lu]Badan budak tu penuh bintat kerana terkena ulat bulu.
lek[le)/]kata kerjamengelak daripada terkena pukulan, tikaman dan lain-lain.Mujo aku de lek, kalu tidok parok keno behe.[mu.dZo A.ku dE le)/ kA.lu ti.d/ pA.č/ k«.n bE.hE]Mujur aku sempat mengelak, kalau tak teruk kena pukul.
ugoh I[u.gh]kata adjektiftidak bertenaga, lemah, lesu.Ugoh bena diyo loni, jok keno lupoh.[u.gh b«.nA di.j l:.ni dZ/ k«.n lu.poh]Lemah benar dia sekarang ni, sejak terkena penyakit lumpuh.
bole[b.lE]kata adjektifberkenaan penglihatan yang hampir kabur.Mato budok tu bole keno batu bidah mareng.[mA.t bu.d/ tu b.lE k«.n bA.tu b:i.dAh m:A.ÄeN]Mata budak tu hampir buta terkena batu lastik semalam.
treco[tÄ«.tS]kata kerjailmu pukau atau ilmu penunduk (ilmu sihir) yang digunakan untuk tujuan jahat.Kito keno jago maso beli bare ore jajo krumoh, takok keno treco.[ki.t k«.n dZA.g mA.s b:«.li bA.ÄE .ÄE dZA.dZ kÄu.mh tA.ko/ k«.n tÄ«.tS]Kita mestilah berhati-hati semasa membeli barang yang dijual oleh penjaja di rumah, takut terkena pukau.
patoh jete[pA.toh dZ«.tE] penyakit pecah-pecah kulit pada kaki.Tapok kaki aku raso sakek bena pasa keno nyakek patoh jete.[tA.p/ kA.ki A.ku ÄA.s sA.ke/ b«.nA pA.sA k«.n ø:A.ke/ pA.th dZ«.tE]Tapak kaki saya rasa sungguh sakit kerana terkena penyakit pecah-pecah kulit.

Kembali ke atas