Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung, Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~ perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung, Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum; laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung I

Puisi
 

Terung ini terung di Jeddah,
     Tiada bercabang cantik lagi;
Tenung ini tenung penyudah,
     Tiadakan balik lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Terung buah bergantung,
     lobak buah berlindung.

Bermaksud :

Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kecuk beruk[k«.tSu/ b«.Äu/] berkenaan kulit tubuh, buah dan lain-lain yang kecut.Buwoh paoh tu kecuk beruk srupo terong baka.[bu.wh pAoh tu k«.tSu/ b«.Äu/ sÄu.p t«.ÄoN bA.kA]Buah mempelam tu terlalu kecut seperti terung bakar.

Kembali ke atas